Monday, March 29, 2010

Tutorial 2 : Membuat Efek Tulisan Pelangi






First sekali macam biasa,buka template(apa-apa saiz)..ana guna 800width x 600height(pixel)..
Kemudian,isi template dengan warna Hitam..seperti dalam gambar di bawah(Edit >Fill>Pilih warna Hitam)..




Gunakan Horizontal Type Tool dan tulis di tengah template tersebut(ana prefer guna warna putih)..
Font yang digunakan Century Gothic..



Ok,next,rasterizekan layer  tersebut(Layer>Rasterize>Type)..Gunakan Rectangular Marquee Tool untuk membuat selection seperti gambar dibawah dan tekan Ctrl+Shift+J untuk potong(cut) abdaj yang dipilih kepada layer baru..







Kemudian, apply Color Overlay layer style kepada layer baru tadi(apa-apa warna)..







Ok,sekarang kembali semula kepada text line layer(layer yang 1st tadi) dan cut setiap abjad untuk memisahkan layer(seperti cara tadi). Applykan Blending Options yang sama seperti tadi tetapi menggunakan warna yang berlainan(apa-apa warna). .





Pilih kelima-lima layer tersebut..mergekan lima layer supaya menjadi 1 layer..Right click>Merge Layers..seperti dibawah






Selepas itu, tekan Ctrl + J untuk menduplikasi layer tersebut..kemudian pegi ke Layer asal dan guna Filter > Blur > Motion blur dan setkan seperti berikut:







Hasilnya seperti berikut :







Tekan  Ctrl + J semula untuk duplicate satu lagi layer…
Kemudian Select > Load Selection untuk load layer tersebut..













Tekan Alt dan pilih bahagian bawah layer tersebut.. 













Kemudian tekan Ctrl + J..Tukarkan Opacity Layer tersebut kepada 34%..




Hasilnya seperti berikut:








Gunakan Horizontal Text Tool dan taip ayat di bawah layer tadi..Kemudian Blending Option>Gradient Overlay dan set seperti berikut..








Siap!















*2.45 p.m(29/03/2010)
Continue Reading...

Sunday, March 28, 2010

Belajar dari Tombol Pintu







Alhamdulillahhi rabbil `alamin, wassolatu wassalamu `ala rasulillah wa `ala alihi wa ashabihi `ajma`in. Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas kesempatan masa yang telah diberikan untukku mengupdate blog walaupun agak busy dengan perancangan program(agak pening sekarang..) serta selawat dan salam ke atas rasul junjungan Rasulullah S.A.W.

Hikmah Tiap Kejadian

ALLAH tidak mensyariatkan sesuatu tanpa kebaikan dan manfaat kepada hamba-Nya, sebagaimana Dia tidak menciptakan sesuatu dengan main-main dan dengan cara yang batil.
Maha Benar Firman Allah :



"... (Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksaan api neraka." - (Ali-Imran: 191)

Namun di setiap kejadian dan ciptaannya tersembunyi pelbagai rahsia dan hikmah yang sukar untuk dilihat secara mata kasar dan akal logik. Hikmah di atas ciptaannya hanya dapat dilihat secara umum tanpa penjelasan secara terperinci.
Tombol oh tombol 






Pengalaman kali pertama ana membaiki tombol pintu rumah yang rosak kelmarin benar-benar memberi pengajaran yang bermakna..tidak disangka-sangka dapat jugaku bermuhasabah diri tentang apa yang aku telah lakukan sepanjang me”wakaf”kan diri di jalan dakwah dan belajar sesuatu walaupun dengan hanya satu tombol rosak..benarlah seperti janji Allah yang dinyatakan tadi..setiap perkara mesti terselit hikmah atau kebaikan..

Apa kaitan tombol rosak tersebut dengan dakwah???

Baru-baru ini ana bersembang via mobile dengan seorang sahabat(mesej) yang sudah kira lama juga tidak bertemu atas faktor jarak(tidak sabar nak berjumpa dengannya..berjuang bersama seperti dahulu)..beliau menceritakan permasalahannya berdakwah secara fardhaie..iaitu secara individu..dan masalah utama yang dia hadapi adalah mencari dan mendekati MAD’U(orang yang ingin di dakwah)

Kenali,Fahami baru Dakwah

Berbalik kepada kisah tombol tadi…

Tombol tersebut boleh kita samakan dengan Mad’u yakni org yang ingin di dakwah..ana yang tiada pengalaman langsung membaiki tombol perlulah memahami dulu bagaimana tombol tersebut berfungsi. Cuba-cuba dahulu sebelum memasangnya…begitu juga dengan dakwah..perlu selami juga sifat-sifat atau perangai-perangai mad’u sebelum memberi input kepada mereka..tak kenal,maka ta'aruf..sesuai dengan salah satu rukun usrah yang selalu kita ingatkan waktu usrah,ta'aruf(ta'aruf) dan tafahum(faham)..tidaklah terkial-kial “membaiki” mereka..hehe..Fahami dahulu mad’u..

Menembak mad'u..

Realiti daie yang amat dikesali sekarang ini,iaitu amat gemar “menembak” mad’u…Implikasinya,nah!adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dengan masjid dan usrah merasakan diri sering di”kena”kan oleh senior mereka..melahirkan rasa malu dan rendah diri yang amat sangat dalam diri dan mereka ini lebih memilih untuk berada di bilik daripada pergi ke masjid..realiti ini terjadi kepada ana sendiri ketika masih junior dulu…ini lagha,buat ini lagha…..semua lagha..jadi apa yang tak lagha??ISLAM INI INDAH..Jangan sekali-kali MENG'EKSKLUSIF'KANNYA dan menampakkan ianya susah...





Jadi di sini pendekatan amat penting..mula-mula fahami minat mad’u..kalau boleh kita pun sendiri  “menjebakkan” diri dalam minat mereka..contoh,kalau mad’u minat main game,jangan terus cop lagha..cuba main bersama..tapi dalam bermain tu,boleh selitkan sikit-sikit tazkirah..kalau dah sampai waktu solat,ajak pegi masjid..TAPI INGAT..kita bawak diorang,jangan diorang bawak kita..jangan kita pulak yang hanyut dengan game tersebut..:)



Seperti terdapat dalam buku “Bagaimana Menyeru Kepada Islam” tulisan Fathi Yakan..

“Berkenalan dengan seseorang sebelum menyampaikan da’wah kepadanya: 
Adalah suatu kewajiban bagi seorang da’ie, supaya ia berkenalan lebih dahulu dengan seseorang yang akan menerima da’wahnya. Ia harus memahami terlebih dahulu, bagaimana latar belakang kehidupan orang itu, bagaimana jalan fikirannya, dan bagaimana pengertian dan gambarannya terhadap alam raya ini Para penda’wah harus menyelidiki hal itu dengan mengadakan wawancara dan sebagainya, sehingga ia menemui apa kekurangan dan kesulitan yang sedang dialami orang yang diserunya itu.  Dengan demikian, para da’ie menemui pintu-pintu dan jendela-jendela, yang mungkin dijadikannya sebagai batu loncatan untuk mengetuk pintu hati orang yang diserunya itu. Jadi, harus banyak bergaul secara individu atau fardi, dan mengadakan percubaan dan usaha, yang diharapkan akan membawa kejayaan. Penda’wah mesti mencatat pengalaman-pengalamannya, kemudian, ia berusaha menyampaikan da’wah kepada mad’u’nya itu disertai dengan pengarahan dan memberikan contoh teladan yang menimbulkan kesan yang menarik dan mempengaruhi jalan fikiran mad’u itu”

'Manual' Dakwah

Dan untuk meng"complete"kan misi membaiki tombol pintu tadi,tidak cukup dengan hanya "memahami"  struktur tombol tersebut..manual pengaturannya jangan dilupakan..amat perlu merujuk kepada manual yang disediakan bersama tombol tersebut..





Begitu juga dengan dakwah..adakah cukup sekadar  memahami perangai mad’u semata-mata??TIDAK!!rujuk juga “manual pengguna” yang telah disediakan kepada kita..apa manual tersebut??yang paling utama sudah pasti Al Quranul Karim dan juga dipandu dengan As Sunnah serta Ijma’ dan Qias..Rujukan manual ini penting dalam memastikan proses dakwah berjalan lancar..

Tikus Membaiki Labu..


Kita nak mengenalkan Islam kepada masyarakat tapi kita sendiri pun tak kenal Islam,susah juga..Maka kita harus berdakwah ke jalan Allah dengan landasan ilmu yang jelas. Adapun dakwah ini harus didahului dengan ilmu, kerana dikhuatiri berdakwah tanpa ilmu akan terjadi senario tikus membaiki labu..bukan sahaja tidak membaiki,malahan lebih banyak merosakkan..








senario ini banyak terjadi dalam dakwah dewasa ini...maka menjadi kewajipan setiap individu untuk belajar terlebih dahulu lalu selanjutnya berdakwah...

Segala yang baik datang dari Allah,yang buruk juga datang dari Allah tapi disandarkan kepada hambaNya yang hina lagi lemah ini..wallahualam..



p/s aku hanya manusia hina yang dijadikan dari tanah yang kotor..sentiasa ingin meng”update” diri supaya lebih baik dari sebelumnya.. 
Inilah manusia, terkadang jiwanya meluak-luak ingin kembali kepada fitrah, tetapi dirinya tetap memilih jalan kegelapan.
Ya, aku ingin berubah dan kembali kepada jalan yang benar! Aku ingin kembali sujud dan menghina diri kepada Tuhanku…
Semoga aku tergolong dalam golongan yang disebutkan dalam Al-Quran :

"Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki"

Amin Ya Rabb….


-dituju kepada sahabat yang sentiasa membantuku tika susah dan senang..semoga usahamu diredhai Allah..















*9.24 a.m(28/03/2010)

Continue Reading...

Sunday, March 7, 2010

IKLAN....

Salam..sekadar berkongsi..

Kelas Tallaqi Kitab Fiqh(Fathul Mu’in)
Oleh Al Fadhil Ustaz Anuar Jusoh
Setiap Hari Ahad 9.00-10.30 pagi
Bayaran : Free Of Charge
Lokasi : Lot 233,Lrg 6a10,Taman Matang Jaya
Anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak

Jom ramaikan majlis ilmu..


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"












*10.37 a.m(07/03/2010)

Continue Reading...
 

Kamek Sayang Islam Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template