Tuesday, April 20, 2010

Tutorial 3 : Memasukkan imej ke dalam tulisan

Assalamualaikum. Kali ini saya kembali dengan tutorial yang simple sahaja. Iaitu cara nak meletakkan background/image di dalam tulisan seperti gambar di bawah.


Bismillahirrahmanirrahim,
Seperti biasa,buka template/kanvas baru photoshop(saiz bergantung). Saya gunakan template/kanvas bersaiz 800x500. Selepas itu masukkan imej(apa-apa imej). Kemudian resizekan imej tersebut. Right Click – Free Transform – Resizekan mengikut saiz template tadi.






Selepas itu, taipkan perkataan di atas imej tersebut. Warna, saiz dan jenis tulisan   
bergantung. Saya gunakan warna putih untuk memudahkan untuk dilihat.  Contoh seperti gambar di bawah.


Tulisan saya tadi terbahagi kepada dua layer. Layer pertama, PALESTIN. Layer kedua, di hatiku.
Ok. Pergi ke bahagian kanan, tekan Ctrl dan pilih ke dua-dua layer tersebut. Right Click pada layer dan Klik Rasterize Type. Selepas itu, Right Click semula dan klik pula pada merge layer. Dua layer tadi akan menjadi satu layer.
Kemudian, Tekan Ctrl dan klik pada thumbnail layer tadi. Ia akan kelihatan seperti berikut.

Selepas itu, klik pula pada layer imej tadi. Cut(Klik Ctrl + X).
Kemudian, buka satu template baru(sama saiz dengan template tadi). Pastekan imej yang di cut tadi(Klik Ctrl+V). Dan untuk menambahkan efek shadow pada tulisan tersebut, Right Click pada layer imej yang di paste tadi, klik Blending Option – pilih Drop Shadow.
Jeng..jeng..jeng..Inilah hasilnya..Just a simple tutorial. :)



*10.45 a.m 21/4/2010





Continue Reading...

Bergerek(Couple)


“Kami tak buat apa-apa, cuma buat study group sahaja,takkan tak boleh kot?” jawab seorang siswi apabila ditegur berdua-duaan dengan pasangannya di sebuah kampus.

Alasan yang agak popular digunakan oleh pasangan-pasangan hangat bercinta untuk menyelamatkan diri mereka dari diambil tindakan.Sedarkah mereka bahawa mereka boleh mencurahkan 1001 alasan di dunia, tetapi mampukah memberi alasan tersebut di depan Allah S.W.T di akhirat kelak?

Bercinta. Kisah yang tiada penghujungnya. Tajuk yang saban hari dibentangkan di forum dan kuliah ilmu.
Dewasa ini,fenomena bercinta atau lebih dikenali sebagai bercouple atau bergerek(dalam bahasa Sarawak) di kalangan remaja sudah di anggap sebagai adat,trend atau kemestian dalam kehidupan setiap pelajar atau mahasiswa. Sudah menjadi darah daging dalam kehidupan mereka. Lebih malang, seseorang yang tidak mempunyai pasangan(couple) di anggap kolot dan tidak pandai bersosial.
Memang tidak dinafikan,dalam diri setiap manusia telah diprogramkan satu perasaan iaitu perasaan ingin menyayangi dan disayangi oleh kaum yang berlainan jantina. Cinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). 

Firman Allah S.W.T:
“..fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah..,"  maksud Surah Ar-Rum: 30
Apabila di tanya kenapa harus bercouple?berikut adalah skema jawapan yang biasa kita dengar :
“Bestlah, ada orang sayang”
”Kalau tak couple tak dapatlah kenal bagaimana  perangai pasangan”


Tetapi…Bolehkah bercinta sebelum wujudnya ikatan sah antara pasangan tersebut?
Firman Allah S.W.T  mafhumnya :
“Dan janganlah kamu dekati zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk” (Al-Isra’:32)

Ok. Untuk memudahkan saudara saudari memahami mengenai ayat tersebut, saya beri satu analogi. Contohnya Zaki(nama tidak ada kaitan dengan hidup atau sudah meninggal) ingin pergi ke kedai yang jaraknya kira-kira 50 langkah daripada rumahnya. Setiap langkah yang dihayunkan ke kedai tersebut meskipun satu langkah sahaja adalah disebut sebagai “mendekati kedai” tersebut.  Bercouple itu adalah ibarat langkah kaki Zaki yang mendekati kedai(diibaratkan sebagai zina).

Kalau sudah bercinta, tidak lengkap rasanya kalau “rukun”nya tidak dipenuhi. Mestilah ada keluar bersama, berdua-duaan, berpegang-pegang tangan dan lain-lain maksiat yang rasanya tidak perlu saya senaraikan di sini.

Rasulullah sendiri pernah bersabda :  
“Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya” (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmidzi). 
Baginda  menegaskan bahawa jangan berdua-duaan kerana akan wujudnya pihak ketiga iaitu syaitan untuk menghasut pasangan tersebut untuk melakukan zina. Tidak mustahil setelah munculnya golongan ketiga tersebut, akan muncul pula pihak keempat selepas itu, iaitu bayi hasil perzinaan pasangan tersebut. Nauzubillah!

Berbicara mengenai pihak keempat ini(yakni bayi tesebut), saban hari kita di sajikan dengan berita-berita mengenai kes pembuangan bayi di media massa.
Berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati jumlah kes buang bayi antara tahun 2000 hingga 2006 adalah seramai 580 bayi.Bilangan kes ini meningkat saban tahun di mana sebanyak 65 kes buang bayi dicatatkan pada tahun 2000 dan ia meningkat kepada 83 kes pada tahun 2006. Daripada jumlah kes itu, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.


Pandai 'buat',tak pandai pula nak jaga.(sedih melihat gambar ini,bayi yang tidak berdosa terpaksa 'membayar' perbuatan terkutuk ibu bapanya.)  


Lihatlah hasil daripada perbuatan yang kita anggap sudah biasa tersebut. Daripada mula berkenalan, keluar bersama, pegang-pegang tangan, berzina, dan sampai ke satu tahap yang paling keji, yang keluar dari batas kemanusiaan iaitu membuang bayi hasil dari penzinaan tersebut. Apakah salah bayi yang tidak tahu apa-apa tersebut?

“Jadi macam mana hendak mengenali hati budi pasangan kalau tak couple?” luah seorang siswa yang cuba mencari alasan untuk menghalalkan tindakannya untuk bercouple, dalam satu sesi usrah.

Teringat pula saya dengan kisah-kisah yang pernah diceritakan orang yang lebih dahulu makan garam daripada saya mengenai cara mereka dikahwinkan oleh ibu bapa mereka yang mana mereka hanya mengenali pasangan masing-masing apabila tempoh perkahwinan sudah tiba.

Alhamdulillah, ternyata cara yang dipraktikkan tersebut mampu membuahkan kebahagiaan kepada mereka hinggalah sudah bercucu cicit berbanding dengan pasangan moden kini. Baru sahaja melahirkan 3 orang anak, sudah pudar kasih sayang terhadap pasangan masing-masing.

Untuk sesiapa masih tercari-cari jawapan untuk soalan tersebut, sudah Allah nyatakan jawapannya dalam surah An Nur ayat ke 26 iaitu perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Teringat pula pada kata-kata seorang ustaz, nak dapat yang solehah, kita kena jadi soleh. Konklusinya, nak dapatkan pasangan yang berperwatakan baik, diri sendiri juga mestilah berperwatakan baik juga.

Alasan untuk mengenali hati budi pasangan masing-masing tersebut adalah tidak boleh diguna pakai sama sekali. Boleh percaya dengan perwatakan si dia semasa bercinta?Majoritinya hanya penuh dengan lakonan semata-mata. Yang jalan cerita percintaan tersebut hanya disajikan dengan watak protagonist. Watak baik-baik sahaja. Penyayang,penyabar,pemurah dan banyak lagi. Banyak yang tertipu dengan sifat pasangan semasa bercinta. Ternyata sikap sebenar tertonjol apabila sudah berada di alam perkahwinan. Sifat yang sebelum ini penyayang,sabar,romantik rupanya hanya kosmetik sahaja. Terserlah watak sebenar. Jika dahulu, pasangan lewat berjam-jam,masih boleh bersabar. Tapi setelah berkahwin, lewat 5 minit sahaja dah kena tengking. Tidak ada lagi panggilan-panggilan manja. Ternyata percintaan itu adalah satu kepuraan dan hipokrit!

Dan kita juga perlu imbas kembali sirah Rasulullah S.A.W. Pernahkah Rasulullah bercinta? Tetapi ternyata rumah tangga Rasulullah S.A.W adalah terbaik untuk dijadikan role model atau rujukan untuk kita.

baitul muslim : bercinta selepas nikah!


Tidak wujudkah cinta berlainan jantina dalam Islam?
Memang wujud. Tetapi cinta tersebut biarlah hanya diungkapkan pada yang berhak sahaja. Yang halal. Iaitu cinta setelah nikah. Ini adalah cara bercinta yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri. Cinta yang diletakkan pada landasan yang betul.
Sabda Rasulullah S.A.W :
“Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah.” Riwayat Ibn Majah
Pernah saya utarakan perkara ini kepada sahabat-sahabat saya sendiri,mengenai cinta selepas nikah. Lebih banyak yang menyindir dari menerima.

“Ishh. Boleh ke bahagia dengan perkahwinan begitu?. Itu zaman dulu beb. Zaman atok nenek kita. Zaman sekarang ,kena kenal dulu baru boleh kahwin”

Dan pelbagai lagi jawapan yang sememangnya akan membuatkan otak kita ligat  bertanya kepada sendiri. Benarkan ada cinta selepas bernikah?

Jawapannya..Ya ! Ketika ini, putik cinta yang indah baru bermula dan menyerlah. perkenalan dan percintaan menjadi subur dan berkembang bagai jambangan bunga yang indah. Semuanya masih baru. Ibarat baru berkenalan dengan pasangan kita.

Jadi, singkirkan kesemua alasan-alasan kita tersebut. Matlamat tidak menghalalkan cara. Bagi yang hendak mencari-cari pasangan tu, lupakanlah sekejap hasrat kita. Utamakan yang utama dahulu. Semak balik apa tujuan kita ke universiti atau sekolah. Tentunya kita tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa yang bersusah payah membanting tulang empat kerat demi memastikan kejayaan anaknya.

Tidak perlu memulai perkahwinan dengan percintaan tetapi mulakan percintaan dengan perkahwinan!


















*11.01 p.m(18/04/2010)
Continue Reading...

Tuesday, April 6, 2010

Islam : Milik Melayu Sahaja??



Islam adalah ad Din yang serba lengkap dan menyeluruh dalam pelbagai lapangan hidup iaitu aspek aqidah , syariah dan akhlak . Islam juga adalah satu ad Din yang memiliki unsur kekuatannya yang tersendiri dengan keunikan aqidah , ibadat dan juga akhlaknya di samping bercirikan syumul kerana ianya bersifat terbuka kepada seluruh umat manusia



Maksudnya di sini Islam bukanlah agama untuk suku bangsa Arab atau jika di Malaysia, yang bukan Melayu terus dicop bukan Islam. Padahal banyak juga Melayu yang Islam atas nama sahaja..

Penciptaan manusia secara bersuku bangsa dan berlainan warna kulit bukanlah bertujuan atau memecahbelahkan mereka. Tetapi untuk mencari titik persamaan dan bergandingan bahu bagi meneruskan agenda mereka sebagai hamba Allah di muka bumi.

Maha benar Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu , (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu )    Al Hujurat : 13

Jelas dalam surah tersebut kita dicipta untuk bersatu dalam 1 kesatuan. Tidak mengira warna kulit dan bangsa.  Bukan 1Malaysia. Tapi dalam 1Akidah yang hanya mengesakan Allah sebagai Pencipta. Dan Allah juga tidak menilai seseorang hamba melalui warna kulit dan bangsa kita, tetapi dinilai melalui ketakwaan kepadaNya.

Amat dikesali dengan sikap segelintir umat Islam(khususnya Melayu) masa kini(nauzubillah). Yang hanya bangga dengan ketuanan Melayu. MELAYU,MELAYU,MELAYU..naik muak!ana pun seorang yang berbangsa Melayu, tetapi tidaklah terlalu taksub bangsa..tidaklah menjadikan KETUANAN MELAYU sebagai agenda utama perjuangan sebagai seorang khalifah di bumi milikNya ini..

Teringat kata-kata mantan mufti Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, "tiada ketuanan Melayu dlm Islam, juga tiada ketuanan arab, yg ada hanya kedaulatan Islam"

Dan juga agak terkilan dengan statement seorang staff di tempat saya menjalani praktikal yang menghina bangsa lain(bukan Melayu) dengan menyatakan bangsa tersebut bukan Islam. Ana agak panas telinga mendengar kenyataannya membidas kembali kenyataannya dengan menyatakan Islam bukan hanya dimiliki oleh satu suku bangsa sahaja. Bukan hak ekslusif Melayu,bukan Arab dan BUKAN HANYA MILIK SATU BANGSA PUN! Ianya Syumul! Untuk semua..

Seperti kata Umar Ibn Khattab: "Kita kaum(Arab Quraisy) yang Allah muliakan dengan Islam,sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam,nescaya Allah menghinakan kita"

Berkata pula Prof HAMKA :
“Kita terdiri dari beribu-ribu pulau. Kita terdiri dari beratus-ratus suku bangsa, yang masing-masing mempunyai kemegahan sendiri-sendiri. Untuk mengukuhkan kesatuan, carilah perekat yg asli, tauladan dan langit"

Maksud beliau perekat(penyambung ikatan) tersebut adalah hanya satu – ISLAM.
Ternyata Islam bukan milik satu bangsa pun. Jangan terlalu bermegah-megah dengan bangsa kita sehingga tergamak menghina bangsa lain. 

Islam tidak terbatas kepada satu kaum/bangsa sahaja [gambar hiasan]


Dalam bangsa Iban pun ada Islam,India ada Islam,Cina pun ada Islam,jadi jangan anggap hanya Melayu yang Islam..Yang Melayu tidak semetinya Islam. Ada yang Islam hanya “Islam tertera pada kad pengenalan” sahaja. Yang mana solat entah ke mana. Pergi ke kedai-kedai loteri pun jaguh. Banyak lagi contoh sebenarnya…huh..

Padahal Islam adalah satu “way of life” - CARA HIDUP. Mencakupi semua aspek. Daripada munakahat,muamalat dan jinayat. Daripada bangun tidur hingga tidur kembali dikira ibadat jika menlaksanakannya dengan mengikut cara-cara Islam(mengikut sunnah dan dengan niat yang betul)

Jadi sebagai konklusinya,Islam adalah untuk semua dan syumul(menyeluruh)…Wallahualam

*Ditulis selepas sedikit pertengkaran dengan supervisorku..(tiada niat ingin berkelahi tetapi cuma ingin membetulkan sedikit pandangan yang salah)

Sekadar ingin melaksanakan sabda Rasulullah : 
"Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan) dan jika dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidah dan jika dia juga tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman"

11.00 a.m  - 07/04/2010

p/s kembalilah kpd perjuangan yg memperjuangkan Islam sebenar bukan perjuangan bangsa..bukan sekadar cakap memperjuangkan Islam tapi tolak hukum Allah dan sendiri masih lakukan maksiat dan masih melaksanakan undang-undang sekular..manis di bibir saja.
















*8.30 a.m(06/04/2010)


Continue Reading...
 

Kamek Sayang Islam Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template