Tuesday, April 6, 2010

Islam : Milik Melayu Sahaja??



Islam adalah ad Din yang serba lengkap dan menyeluruh dalam pelbagai lapangan hidup iaitu aspek aqidah , syariah dan akhlak . Islam juga adalah satu ad Din yang memiliki unsur kekuatannya yang tersendiri dengan keunikan aqidah , ibadat dan juga akhlaknya di samping bercirikan syumul kerana ianya bersifat terbuka kepada seluruh umat manusia



Maksudnya di sini Islam bukanlah agama untuk suku bangsa Arab atau jika di Malaysia, yang bukan Melayu terus dicop bukan Islam. Padahal banyak juga Melayu yang Islam atas nama sahaja..

Penciptaan manusia secara bersuku bangsa dan berlainan warna kulit bukanlah bertujuan atau memecahbelahkan mereka. Tetapi untuk mencari titik persamaan dan bergandingan bahu bagi meneruskan agenda mereka sebagai hamba Allah di muka bumi.

Maha benar Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu , (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu )    Al Hujurat : 13

Jelas dalam surah tersebut kita dicipta untuk bersatu dalam 1 kesatuan. Tidak mengira warna kulit dan bangsa.  Bukan 1Malaysia. Tapi dalam 1Akidah yang hanya mengesakan Allah sebagai Pencipta. Dan Allah juga tidak menilai seseorang hamba melalui warna kulit dan bangsa kita, tetapi dinilai melalui ketakwaan kepadaNya.

Amat dikesali dengan sikap segelintir umat Islam(khususnya Melayu) masa kini(nauzubillah). Yang hanya bangga dengan ketuanan Melayu. MELAYU,MELAYU,MELAYU..naik muak!ana pun seorang yang berbangsa Melayu, tetapi tidaklah terlalu taksub bangsa..tidaklah menjadikan KETUANAN MELAYU sebagai agenda utama perjuangan sebagai seorang khalifah di bumi milikNya ini..

Teringat kata-kata mantan mufti Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, "tiada ketuanan Melayu dlm Islam, juga tiada ketuanan arab, yg ada hanya kedaulatan Islam"

Dan juga agak terkilan dengan statement seorang staff di tempat saya menjalani praktikal yang menghina bangsa lain(bukan Melayu) dengan menyatakan bangsa tersebut bukan Islam. Ana agak panas telinga mendengar kenyataannya membidas kembali kenyataannya dengan menyatakan Islam bukan hanya dimiliki oleh satu suku bangsa sahaja. Bukan hak ekslusif Melayu,bukan Arab dan BUKAN HANYA MILIK SATU BANGSA PUN! Ianya Syumul! Untuk semua..

Seperti kata Umar Ibn Khattab: "Kita kaum(Arab Quraisy) yang Allah muliakan dengan Islam,sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam,nescaya Allah menghinakan kita"

Berkata pula Prof HAMKA :
“Kita terdiri dari beribu-ribu pulau. Kita terdiri dari beratus-ratus suku bangsa, yang masing-masing mempunyai kemegahan sendiri-sendiri. Untuk mengukuhkan kesatuan, carilah perekat yg asli, tauladan dan langit"

Maksud beliau perekat(penyambung ikatan) tersebut adalah hanya satu – ISLAM.
Ternyata Islam bukan milik satu bangsa pun. Jangan terlalu bermegah-megah dengan bangsa kita sehingga tergamak menghina bangsa lain. 

Islam tidak terbatas kepada satu kaum/bangsa sahaja [gambar hiasan]


Dalam bangsa Iban pun ada Islam,India ada Islam,Cina pun ada Islam,jadi jangan anggap hanya Melayu yang Islam..Yang Melayu tidak semetinya Islam. Ada yang Islam hanya “Islam tertera pada kad pengenalan” sahaja. Yang mana solat entah ke mana. Pergi ke kedai-kedai loteri pun jaguh. Banyak lagi contoh sebenarnya…huh..

Padahal Islam adalah satu “way of life” - CARA HIDUP. Mencakupi semua aspek. Daripada munakahat,muamalat dan jinayat. Daripada bangun tidur hingga tidur kembali dikira ibadat jika menlaksanakannya dengan mengikut cara-cara Islam(mengikut sunnah dan dengan niat yang betul)

Jadi sebagai konklusinya,Islam adalah untuk semua dan syumul(menyeluruh)…Wallahualam

*Ditulis selepas sedikit pertengkaran dengan supervisorku..(tiada niat ingin berkelahi tetapi cuma ingin membetulkan sedikit pandangan yang salah)

Sekadar ingin melaksanakan sabda Rasulullah : 
"Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan) dan jika dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidah dan jika dia juga tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman"

11.00 a.m  - 07/04/2010

p/s kembalilah kpd perjuangan yg memperjuangkan Islam sebenar bukan perjuangan bangsa..bukan sekadar cakap memperjuangkan Islam tapi tolak hukum Allah dan sendiri masih lakukan maksiat dan masih melaksanakan undang-undang sekular..manis di bibir saja.
















*8.30 a.m(06/04/2010)


0 Komen Bernas:

 

Kamek Sayang Islam Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template