Friday, April 15, 2011

Foto : Sekitar Pilihanraya DUN Sarawak Ke 10

Salam. sekadar perkongsian. Mungkin sahabat-sahabat sedia maklum mengenai Pilihan Raya Dun Sarawak baru-baru ini. Erm,tak tahu lagi? Mungkin Link ini membantu. Kempen di semua tempat di Sarawak sedang rancak berlangsung yang pastinya menyajikan 'perang poster' yang menjadi santapan semua yang menetap di Sarawak. 



Pengalaman balik ke kampung halaman,Sebuyau(I prefer to pronounce it Sebuyo) beberapa hari yang lepas bersama dengan beberapa orang sahabat  merakamkan pelbagai memori yang mungkin suasana ini saya kurang didedahkan. Hanya beberapa bulan yang lepas berpengalaman menyertai kempen untuk pilihan raya,tetapi hanya di kampus Politeknik iaitu menjadi sebahagian daripada jentera Pro Mahasiswa. 



Kali ini,sempat melihat suasana sebenar pilihanraya daripada kaca mata seorang mahasiswa.




Pertandingan 3 penjuru di Sadong Jaya. antara Parti Islam Se-Malaysia(PAS), Barisan Nasional(BN) dan BEBAS.

Aksi anak-anak kecil yang sempat ku rakam di Kampung Seruyuk(N22 Sebuyau). Termenung seketika mengenangkan nasib anak-anak ini, andai ibu bapa mereka memilih golongan/orang yang tidak sepatutnya diangkat menjadi pemimpin.
Poster calon Parti Islam Se-Malaysia, Haji Adam bin Ahid yang digantung berhampiran kediaman kami.

Pihak Barisan Nasional memaksimumkan penggunaan segala infrastruktur dengan turut menggantung bendera BN di Feri Sungai Buloh(45 minit dari Sebuyau)

Poster calon Barisan Nasional, Haji Julaihi Narawi yang di gantung berhampiran kediaman kami.(kelihatan di dalam gambar sahabat dari Tawau, Sabah iaitu akhi Tarmizi)

Sempat merakamkan para petugas Parti Islam Se-Malaysia memasang banner di Sadong Jaya.

Banner gergasi Barisan Nasional di N8,Satok.

Suasana di Kampung Tambirat

 Perang poster di Kampung Tebelu(kira-kira 20 minit dari Sebuyau)

Bersama sahabat dari Kuching yang turut berkesempatan melawat Sebuyau, akhi Hafeezan


Ok,mungkin ini sahaja yang dapat saya titipkan kali ini. Buat rakyat bumi kenyalang khususnya penduduk N22 Sebuyau,selamat menunaikan kewajipan sebagai pengundi. Ingat,setiap undi bakal merubah corak pembangunan Negeri Sarawak tercinta.


Panduan(kertas undi sekadar ilustrasi penulis berdasarkan rujukan sahih). Wallahualam.



Continue Reading...
 

Kamek Sayang Islam Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template