Tuesday, February 23, 2010

Tutorial 1(x tahu tajuk nak letak apa)

Salam..seperti yang dijanjikan, first tutorial ni akan tunjukkan macam mana nak buat design seperti dibawah:




Pertama sekali, buka template 500width x 300height.
Kemudian isi template dengan warna seperti di bawah(#1a142c) - untuk isi warna  pegi ke Edit > Fill > Pilih Warna:



Selepas itu dengan menggunakan Elliptical Marquee Tool, buat satu bentuk oval seperti dibawah dan isikan dengan warna(#6d56b2) seperti berikut :




Selepas itu,Deselect(Ctrl + D) oval tersebut dan apply Filter > Blur > Gaussian Blur dan letakkan tetapan seperti berikut :



Tukarkan opacity oval tersebut kepada 70%..hasilnya akan seperti berikut :


Ok..dah selesai dengan latar belakang(background)..Jadi,mari mulakan dengan kesan pada teks..Pilih Horizontal Type Tool inputkan(masukkan) abdaj "L" seperti di bawah(font dan warna mengikut kreativiti anda) :


Selepas itu apply Blending Options pada abdaj tersebut(Drop Shadow,Outer Glow,Gradient Overlay dan Stroke)








Hasilnya seperti berikut :



Selepas itu, Right Click pada Thumblain "L" di Pallete Layer dan klik Copy Layer Style:




Tulis abdaj selepas L dan letakkan layer abdaj tersebut di bawah Layer abdaj "L"..Sebagai contoh ana gunakan huruf "U" selepas huruf "L"..




Right Click pada thumbnail "U" dan klik Paste Layer Style :



Hasilnya seperti berikut :


Untuk huruf-huruf berikutnya, ulangi langkah di atas..Sehingga hasilnya begini :


Untuk mencantikkan lagi design tersebut ana akan meng'apply'kan beberapa bentuk(shape) pada design tersebut dengan menggunakan Custom Shape Tools.




Pilih bentuk bintang(atau bentuk pilihan anda sendiri) seperti dibawah:



Setkan Fill Opacity kepada 0% dan applykan stroke kepada shape tersebut.



Kemudian tambah lagi bentuk-bentuk dengan cara yang sama..Siap!!Alhamdulillah.....








Continue Reading...

Jom Belajar Photoshop

Salam...bagi mengisi keboringan melampau tahap cipan ni dan kekosongan blog,ana nak kongsikan tutorial-tutorial phostoshop..teringat satu hadis tentang tuntutan menyampaikan ilmu:


Daripada Abu Hurairah ra berkata Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka"
HR Abu Daud , At Tarmizi


First sekali nak ucapkan trimas kepada 'guru-guruku' kat internet di mana ana mentransferkan ilmu diorang ke dalam kepalaku..itupun atas izin Allah....


Bahan-bahan yang diperlukan(macam nak belajar masakla pulak) :




1. First sekali update niat("Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat")


2. Sebuah komputer/laptop(tidak mengira jenama)-janji dapat guna jak...hehe


3. Perisian Adobe Photoshop(paling afdal Photoshop CS4...sebab ana guna version nih)




4. mouse(sunat - tak wajib..hehe)


Insya Allah,tutorial pertama akan dipostkan tak lama lagi...Wallahualam..


p/s Suma free of charge...sebarang persoalan emel ana di abangz_gen90@yahoo.com.my atau di FB ana(student_power90@yahoo.com.my)..harap manfaatkan untuk kepentingan Islam..
















*23/02/2010(9.08 p.m)
Continue Reading...

Salam Maulidur Rasul

Bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kasih sayangNya kita hari ini masih dikurniakanNya nikmat yang tidak terhitung banyaknya..Nikmat mata untuk melihat kebesaranNya,mulut untuk berbicara perkara yang baik2,telinga untuk mendengar kalimah thoyyibah dan nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam dan ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya kerana masih membiarkan hambaMu yang 'permanent' ini berpijak dibumiMu dan menghirup O2(oksigen) kepunyaanMu dalam bulan yang penuh dengan berkat ini iaitu Rabiulawal..


Selawat dan salam ke atas rasul junjungan S.A.W.








Ana rasa sahabat2 tentu tahu peristiwa yang berlaku dalam bulan ini..sudah tentu kelahiran kekasih Allah,Muhammad bin Abdullah..


Ana teringat pada seorang ustaz yang mana dalam setiap ceramahnya beliau sering bertanya kepada audiensnya.."Siapa disini cintakan Rasulullah??"...tiada seorangpun yang meletakkan tangannya di bawah.tetapi ada jugak yang teragak-agak untuk mengangkat tangan....
Tapi adakah sekadar menzahirkan rasa sayang kita dengan method/cara tersebut adalah bukti kita sayangkan Rasulullah??






Cuba kita imbas kembali sirah Nabi bagaimana Nabi amat-amat menyayangi umatnya berbeza dengan bagaimana kita mencintai kekasih Allah tersebut..


Ketika Baginda cuba menyampaikan risalah kebenaran di Thaif,Rasulullah S.A.W telah ditentang dengan teruk.Baginda dilempar dengan batu dan dilontarkan dengan kata-kata kesat..Lemparan batu tersebut demikian hebat sehinggakan tubuh baginda berlumuran darah dan bertakung darahnya di dalam kasutnya..Masya Allah..


Dalam perjalanan pulang, Rasulullah saw. menjumpai suatu tempat yang dirasa aman dari gangguan orang-orang jahat tersebut, kemudian beliau berdoa:


'Wahai Tuhanku, kepada Engkaulah aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya upayaku pada pandangan manusia.


Wahai Tuhan Yang Maha Rahim, Engkaulah Tuhannya orang-orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku.


Kepada siapa Engkau menyerahkan diriku? Kepada musuh yang akan menerkam aku atau kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku, tidak ada keberatan bagiku asalkan Engkau tidak marah kepadaku.


Sedangkan afiat-Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya muka-Mu yang mulia yang menyinari langit dan menerangi segala yang gelap dan atas-Nyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat.


Dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahan-Mu atau dari Engkau turun atasku azab-Mu. Kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau."


Demikian sedihnya doa yang dipanjatkan kepada Allah oleh Nabi saw. sehingga Allah mengutus malaikat Jibril a.s. untuk menemuinya. Setibanya di hadapan Nabi, Jibril a.s. memberi salam seraya berkata,


"Allah mengetahui apa yang telah terjadi padamu dan orang-orang ini. Allah telah memerintahkan malaikat di gunung-gunung untuk menaati perintahmu."


Malaikat Jibril menawarkan untuk meninidih penduduk Tha'if dengan gunung atas kebiadapan mereka...Tetapi tahukah anda apa jawapan Rasulullah kepadanya?
"Walaupun mereka menolak ajaran Islam, saya berharap dengan kehendak Allah, keturunan mereka pada suatu saat nanti akan menyembah Allah dan beribadah kepada-Nya."


Subhanallah betapa sayangnya Rasulullah kepada umatnya..Kita yang mengaku sebagai umatnya harus sentiasa muhasabah diri apa yang telah kita lakukan sebagai umatnya..Adakah kita menghidupkan sunnah baginda?adakah kita menyambung perjuangan Rasulullah menyebarkan syiar Islam??


Bagi sahabat sahabiah seperjuangan, cuba kita bandingkan pengorbanan kita berbanding dengan pengorbanan Rasulullah S.A.W untuk Islam..Jauh panggang dari api...Amatlah menyedihkan apabila segelintir ahli gerakan yang futur(cicir) dari jemaah atas faktor kejatuhan pointer,penat berdakwah(program dan usrah) dan banyak lagi faktor yang ana rasa tidak munasabah untuk dijadikan alasan...Sedangkan itu adalah atas kesalahan kita sendiri bukannya salah jemaah...


Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul bagi seluruh umat Islam dan rakyat malaysia...Bersama kita menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W dan hayati perjuangan baginda...Wallahualam
















*8.45 p.m(23/02/2010)
Continue Reading...

Monday, February 22, 2010

blog oh blog...

Seinfiti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Azza Wa Jala kerana atas kekuasaanNya dapat juga ana membina blog ini dan selawat dan salam ke atas idolaku(dulu,kini dan selamanya) Rasulullah S.A.W..




Alhamdulillah,akhirnya ‘ter’publish juga blog ni setelah bertungkus lumus dan bersusah payah meng’explore’ serta mengedit segala ‘benda2’ di dalam blog ni..memang payahla…tengok sahabat-sahabat lain yang buat blog cam simple je berblog…sekali sendiri buka,aduh....pening jugak kepala..dengan widgetnya,templatenya dan yang paling dielak dari sem 1 lagi,coding…huhu..
Sebenarnya, jujur ana nyatakan,ana sebenarnya tidak berminat langsung membina blog ini. Itu pun atas desakan sahabat2 yang asyik melontar hujanan ‘bom’ sehingga meletup telinga dan bergegar otakku..haha…
Teringat kata-kata seorang sahabat ni:
“apalah nta ni…blajar IT,tapi bukak blog pn xpandai..ish2..kitorg ambik course elektrik n mekanikal ni pun reti nak bukak blog.”


Bila difikirkan betul juga apa yang diorang kata..tergerak hati nak sahut la seruan ni..Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah..jadi,tak salah rasanya ilmu yang dituntut dimanfaatkan untuk disampaikan kepada masyarakat(insya Allah).
Bahkan Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda : “Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat”


Bukan apa..bina blog memang mudah(mudah ke??..hehe)..semudah kanak-kanak 5 tahun menghafal lagu dendangan bintang AFL(Akademi Fantasia Laknatullah) …tapi istiqamah nak update blog tu memang payah.






nak masukkan pengisian yang pastinya asli dan tak copy paste dr blog lain..hehe..Hadis ke 21 dalam Hadis 40 jugak ada dinyatakan tentang kepentingan istiqamah ni..


Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagibertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.(Hadis riwayat al-lmam Muslim)


Jadi doakan ye ana istiqamah dalam arena blog ni..minta-minta tak sekerat jalan..tujuan asal nak bina blog ni sebenarnya suka-suka je.nak asah skil..tapi bak kata pepatah melayu menyelam sambil minum air…alang-alang dah berblog,ana nak gunakan bukan atas kepentingan diri dan buat benda merapu,tapi insya Allah akan dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam dan pastinya untuk mendapat keredhaan daripada Tuhan pemilik diri ini,Allah Azza Jala…


Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T yang buruk itu juga datang daripada Allah S.W.T tetapi disandarkan kepada hambaNya yang hina dan dhaif ini…Wallahualam..




*9.00 a.m(22/02/2010)
Continue Reading...
 

Kamek Sayang Islam Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template