Monday, February 22, 2010

blog oh blog...

Seinfiti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Azza Wa Jala kerana atas kekuasaanNya dapat juga ana membina blog ini dan selawat dan salam ke atas idolaku(dulu,kini dan selamanya) Rasulullah S.A.W..




Alhamdulillah,akhirnya ‘ter’publish juga blog ni setelah bertungkus lumus dan bersusah payah meng’explore’ serta mengedit segala ‘benda2’ di dalam blog ni..memang payahla…tengok sahabat-sahabat lain yang buat blog cam simple je berblog…sekali sendiri buka,aduh....pening jugak kepala..dengan widgetnya,templatenya dan yang paling dielak dari sem 1 lagi,coding…huhu..
Sebenarnya, jujur ana nyatakan,ana sebenarnya tidak berminat langsung membina blog ini. Itu pun atas desakan sahabat2 yang asyik melontar hujanan ‘bom’ sehingga meletup telinga dan bergegar otakku..haha…
Teringat kata-kata seorang sahabat ni:
“apalah nta ni…blajar IT,tapi bukak blog pn xpandai..ish2..kitorg ambik course elektrik n mekanikal ni pun reti nak bukak blog.”


Bila difikirkan betul juga apa yang diorang kata..tergerak hati nak sahut la seruan ni..Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah..jadi,tak salah rasanya ilmu yang dituntut dimanfaatkan untuk disampaikan kepada masyarakat(insya Allah).
Bahkan Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda : “Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat”


Bukan apa..bina blog memang mudah(mudah ke??..hehe)..semudah kanak-kanak 5 tahun menghafal lagu dendangan bintang AFL(Akademi Fantasia Laknatullah) …tapi istiqamah nak update blog tu memang payah.






nak masukkan pengisian yang pastinya asli dan tak copy paste dr blog lain..hehe..Hadis ke 21 dalam Hadis 40 jugak ada dinyatakan tentang kepentingan istiqamah ni..


Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagibertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.(Hadis riwayat al-lmam Muslim)


Jadi doakan ye ana istiqamah dalam arena blog ni..minta-minta tak sekerat jalan..tujuan asal nak bina blog ni sebenarnya suka-suka je.nak asah skil..tapi bak kata pepatah melayu menyelam sambil minum air…alang-alang dah berblog,ana nak gunakan bukan atas kepentingan diri dan buat benda merapu,tapi insya Allah akan dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam dan pastinya untuk mendapat keredhaan daripada Tuhan pemilik diri ini,Allah Azza Jala…


Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T yang buruk itu juga datang daripada Allah S.W.T tetapi disandarkan kepada hambaNya yang hina dan dhaif ini…Wallahualam..




*9.00 a.m(22/02/2010)

0 Komen Bernas:

 

Kamek Sayang Islam Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template